by ukhti Nurul Nazirah
asslamualaikum..dunia ialh rentangan kki,akhirat adlh rntangan hti,bgi yg tdak prcya akhirat mka akn mlihat dunia sbgai tjuan ..bgi ug prcya mka akhirat akn mnjadikn dunia ini sbgai tmpat yg mngumpulkn bekal...dan smua nya akn dpertanggungjwabkn .itulh ltak keadilan Allah Yang Maha Bijaksana..urusan dunia,smua yg halal akn dihisab dan yg haram akn diseksa di akhirat nnti....SEKIAN
Friday, December 31, 2010
31.12.2010
alhamdulillah...smoga kita smua snantiasa bersyukur kehadratNya hndaknya...wlaupon blog ini tak dapat dsiapkan dgan baik lagi..bersyukur kehadrat illahi kerana berkat pertolongan dari kawn-kawan sume dan kak yang tercinta,blog ini dapat disisipkn dengan info yang bermanafaat untuk kite semua..alhamdulillaah..jikalau ada ape2 cdangan atau info bermanafaat...silalah berikan cdangan anda...untuk kite smua...:-)
sme2 lah kita bpesan2 satu same lain agar hidup tidak terlalu alpa dengan duniawi..igatlah..hidup ini smua hanya sementara..sme2 lah kita menuju akhhirat hakiki...amin..amin..amin ya Allah...
nikmatilah saudara/ri ku..smoga hidup kalian semua mendapat petunjuk dripadaNya...
dan lengkapkan lah azam tahun baru dgan azam yang bermanafaat..
wassalam..

Wednesday, December 29, 2010
SOLAT UNTUK APA SEBENARNYA?....
Ibadah yang kita lakukan mestilah kerana Allah.
Apa maknanya kerana Allah? Tidak ada sebab lain kerana Allah.
Ia wujud disebabkan oleh perasaan CINTA dan SAYANG kita pada Allah.
Walaupun kita tidak ada apa-apa permohonan,
kita pasti akan lakukan solat dan sebagainya
kerana perasaan CINTA dan SAYANG kita
pada Allah yang tidak berbelah bahagi.
Inilah kehebatan CINTA Agung.
Namun disebabkan kita manusia yang lemah,
pasti ada sahaja permohonan kita pada Allah setidak-tidaknya
memohon keampunan dengan segala kesalahan yang kita telah lakukan
serta memohon kehidupan yang sejahtera.
Jika kita solat hanya kerana ada hajat,
maka tinggallah solat kita kerana inginkan kebendaan atau sesuatu.
Bukan hanya kerana Allah walaupun pada awal niatnya bersolat kerana Allah.
Disebabkan kita asyik memikirkan kehendak kita,
maka sebab itulah susah untuk kita mencapai kusyuk di dalam solat.
Kita tidak asyik dengan Allah kerana perasaan CINTA dan SAYANG entah ke mana.
Saya juga menjelaskan kepada pelajar saya
tentang betapa pentingnya perasaan CINTA dan SAYANG kepada Allah.
Rasulullah menerima wahyu mewajibkan solat bukan di awal kerasulan baginda.
Ini kerana Rasulullah perlu menguatkan jiwa baginda dan sahabat
dengan perasaan CINTA dan SAYANG pada Allah.
Penyerahan 100% kepada Allah tanpa rasa takut gementar,
tanpa rasa bimbang, tanpa rasa berharap dan sebagainya selain daripada Allah SWT.
Setelah mantapnya perasaan CINTA dan SAYANG kepada Allah,
barulah Rasulullah menerima wahyu ketika Isra’ dan Mikraj
mewajibkan semua umat islam bersolat 5 waktu sehari semalam.
Apabila kita melakukan kesalahan dan kita ingin berubah,
kita seringkali diminta bersolat wajib, solat sunat, baca Quran dan sebagainya.
Tetapi bagaimana kita hendak melakukan solat atau ibadah lain
tanpa ada rasa CINTA dan SAYANG terlebih dahulu kepada Allah?
Bagaimana kita hendak menyerahkan JIWA dan RAGA kita 100% kepada Allah
jika tidak ada rasa CINTA dan SAYANG pada Allah?
Bagaimana kita ingin membaca Al-Quran
jika kita tidak ada rasa CINTA dan SAYANG di dalam jiwa kita?
Maka kita hanya lakukan segala ibadah kita disebabkan oleh hajat kita
dan bukannya CINTA dan SAYANG pada Allah.
Kerana itu ramai yang bersolat tetapi masih lagi tidak berdaya
merubah hati dan jiwa kepada yang lebih baik dan tenang.
KOMUNIKASI dengan Allah mampu melahirkan rasa CINTA dan SAYANG kita pada Allah.
KOMUNIKASI adalah perkara utama di dalam perhubungan
baik antara makhluk dengan Pencipta atau hubungan sesama makhluk.
Tanpa KOMUNIKASI maka tidak akan terjalin hubungan.
Maka tidak akan wujud CINTA dan SAYANG.
Jika suami dan isteri tidak lagi berKOMUNIKASI,
maka lambat laun hambarlah hubungan dan tidak mustahil
akan berakhirnya hubungan yang hambar itu.
Sepasang kekasih yang diputuskan KOMUNIKASI antara mereka,
maka kecewa dan hancurlah jiwa dan akhirnya putuslah tali kasih sayang.
Begitulah juga kita hamba Allah.
Jika terputus KOMUNIKASI kita dengan Allah,
maka makin jauhlah kita dengan Allah
walaupun pada hakikatnya Allah itu dekat sangat dengan kita.
Kita hanya dekat dengan Allah ketika solat, ketika baca Al Quran
namun di masa lain, kita jauh daripada Allah.
Itu pun jika kita khusyuk bersolat dan menghayati isi Al Quran yang dibaca.
Sesungguhnya KOMUNIKASI amatlah terpenting
dan PALING TERPENTING ADALAH KOMUNIKASI DENGAN ALLAH.
Ia menjadikan kita sangat hampir dengan Allah.
Menjadikan hati dan jiwa kita ini hanya untuk Allah.
Pelajar tersebut mulai faham dan beliau berkata kepada saya:
Sebelum beliau meninggalkan bilik saya, beliau meminta saya menerangkan tentang konsep Qada’ dan Qadar.
Setelah saya terangkan, beliau pulang dan pesan saya, “Teruslah komunikasi dengan Allah mulai saat ini“.
p/s Kisah konsep Qada’ dan Qadar tidak saya terangkan di sini kerana nanti menjadikan artikel kali ini terlalu panjang.
p/p/s Bukanlah maksud saya perlu komunikasi dengan Allah dahulu kemudian barulah mengerjakan ibadah. Lakukan ibadah sebagaimana ia wajib dilakukan dan sunat dilakukan. Namun disamping itu, komunikasilah dengan Allah setiap saat kerana apabila kita berkomunikasi, dengan sendirinya kita akan rasa hampir sangat dengan Allah.
(petikan artikel sdr.Fuad Latip)
*Semoga kita mendapat manfaat bersama....

“Encik, kenapa saya tidak pernah tahu hal ini sejak dahulu. Tidak ada yang beritahu pada saya atau saya dengar tentang komunikasi dengan Allah sejak dulu. Apa yang encik beritahu ini merupakan punca sebenar kepada melahirkan CINTA dan SAYANG pada Allah. Selama ini yang saya tahu, kalau kita nak rasa CINTA dan SAYANG pada Allah kita kena solat, solat sunat, puasa, baca Al Quran dan sebagainya. kalau dengar kuliah atau ceramah atau dalam buku, macam tulah. Tapi sebenarnya tanpa CINTA dan SAYANG bagaimana nak buat semua itu dengan kusyuk. Terima kasih banyak encik kerana beritahu saya komunikasi dengan Allah ini“Saya senyum sahaja.
Sebelum beliau meninggalkan bilik saya, beliau meminta saya menerangkan tentang konsep Qada’ dan Qadar.
Setelah saya terangkan, beliau pulang dan pesan saya, “Teruslah komunikasi dengan Allah mulai saat ini“.
p/s Kisah konsep Qada’ dan Qadar tidak saya terangkan di sini kerana nanti menjadikan artikel kali ini terlalu panjang.
p/p/s Bukanlah maksud saya perlu komunikasi dengan Allah dahulu kemudian barulah mengerjakan ibadah. Lakukan ibadah sebagaimana ia wajib dilakukan dan sunat dilakukan. Namun disamping itu, komunikasilah dengan Allah setiap saat kerana apabila kita berkomunikasi, dengan sendirinya kita akan rasa hampir sangat dengan Allah.
(petikan artikel sdr.Fuad Latip)
*Semoga kita mendapat manfaat bersama....

PIMPINLAH HAMBAMU INI...
by Siti Norisma on Wednesday, December 29, 2010 at 8:17pm
Dimanakah cahaya itu
Yang dahulu selalu menerangi
Disaat gelap ku dapat panduan
Ringan langkah ku ayunkan
Saat tak sedar kuturutkan
Membabi buta tak tentu kira
lenyap logika
semua ku paksa
Tak tahu untung
Tak tahu arah
Benarkah ini maksud hidup?
Mencari dunia
Akhirat ternoda
Walau dunia berwajah ceria
Namun tak bisa menutup luka jiwa
Tiada bahagia tanpa ingat-Nya
Merasa di tatap dan takut akan-Nya
Semua benar tak tentu salah
Buta hati walau tak buta mata
Siapa tak takut jika menimpa
Dikira benar ternyata salah
Apalah guna semua usaha
Jika tak mendapat ridho dari-Nya
Sungguh tak layak seorang hamba
Melihat dosa bagaikan lalat
Hinggap di hidung hanya sekejap
Di halau terbang
Esok kembali datang mengulang
Sungguh tiada daya upaya
Pertolongan Allah-lah sebuah cita
Hamba lemah dalam melangkah
Sering terjatuh dalam gelumang dosa

PERHATIAN BUAT WANITA...
by Siti Norisma on Wednesday, December 29, 2010 at 8:24pm
ADA APA DENGAN GAMBAR..??
Baiklah... saya rasa mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik..?
Mungkin juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan
apa yang saya katakan selepas ini..
Saya amatlah berharap anda semua membuka pintu hati masing2
dan bersedia untuk menerima apa yg saya mahu perkatakan nantii...
Saya mulakan dengan persoalan..
Perlukah di upload gambar untuk tontonan umum..?
Mengapa..??
1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
2.Supaya orang yg dah kenal aku boleh melihat aku selalu.
3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?
dan byk lagi saya beranggapan....
jd.. di atas adalah sebahagian survey saya terhadap pemilik2 Friendster dan respon mereka...
KERANA GAMBARMU ITU BEGITU BERHARGA
Sedarlah wahai Muslimah...
tidakkah anda merasakan gambarmu itu sungguh berharga..?
adakah anda fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk pandangan umum..??
Tak salah rasanya jika saya mengatakan ramai yg bangga meletakkan gambar
dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya..
Adakah anda fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan
bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..?
Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..??
Dikira 'beruntunglah' jika begitu..
tidak kurang juga yg hanya menjadi modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..?
Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu..?
Jika kamu tahu, cuak kamu nk meng-upload gambar kamu di alam maya ini..
Diingatkanlah juga kpd anda bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari...
Tidakkah anda ingat bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn mudah?..
dgn hanya menekan bahagian kanan tetikus dan meng-klik pd Save As sahaja boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki...
Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan kecantikan mereka ditunjuk2..?
INGAT..!! dengan kemudahan sekarang..
dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka
yg tidak bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks, dan lain2..
Hanya dengan satu kesilapan sahaja,
jangan terkejut jika gambarmu secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya....
Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..?
Apa yg mampu anda lakukan ketika itu..??
Hanya merintih tak tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri...jaga2..!!
saya juga seorang yg boleh dikatakan mahir dlm adobe photoshop ini..
MUSLIMAH DAN GAMBAR
Perlu saya tekankan di sini bahawa saya bukanlah musuh2 anda semua,
bukanlah mahu mengaibkan ataupun menghentam anda semua..
tp saya adalah saudara seIslam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum...
tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya..
Meskipun anda sudah lengkap menutup auratmu..
namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat ..
Sebenarnya perkara ini telah dijelaskan dalam post yg terdahulu..
Keluhan Buat Kaum Hawa,
Sanggupkah anda dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..?
Perosak ketaqwaan seorang Muslim..??
dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah syaitan..??
Ini semua bukanlah satu rekaan semata2...
Sabda Nabi: ''Perempuan itu boleh menjadi sebaik2 anak panah bagi syaitan....''(mafhum)
Sedarlah muslimah semua..
sudah tiba masanya anda sedar bahawa wajahmu itu
hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg benar2 layak sahaja..
tidak perlulah berbangga dgn apa yg telah Allah anugerahkan kpdmu
dgn menggunakanya sbg.. Anak panah kpd syaitan..Na'uzubillah..!!
Jika anda semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dari alam maya ini ,
dgn seribu satu alasan yg dpt dikatakan. ...
hanya satu pesan saya... BERHATI2LAH...!!
(artikel daripada rakan FB..)
*Semoga kita semua terhindar dr DOSA yg kita sendiri ciptakan...
..Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk buat kita semua...
dan berusaha menjadi hamba Allah yg berTAQWA..Insyaallah..

DIRIMU TERCARI-CARI....
by Siti Norisma on Wednesday, December 29, 2010 at 8:22pm
Kadang-kadang kita tercari-cari sesuatu dalam hidup ini.
Kita berasa waktu itu membosankan.
Kita rasa kosong.
Kita rasa ada sesuatu yang hilang.
Kita rasa sunyi.
Kita rasa tidak tahu berbuat apa-apa.
Kita cuba untuk menipu diri.
Kita lakukan sesuatu yang menyibukkan.
Kita mencari sesuatu yang menghiburkan diri.
Kita memaksa diri untuk menghilangkan semua rasa itu.
Namun ternyata kita tidak mampu.
Ternyata kita tetap berasa kosong, sunyi, tidak tahu berbuat apa.
Ketahuilah kawan,
sebenarnya jiwa itu ingin berada dekat dengan Yang Maha Pencipta.
Namun fikiran dan emosi sering menghalangnya.
Fikiran dan emosi…
Selalu memaksa kita mencari-cari sesuatu yang lain.
Sedangkan fikiran sendiri tidak tahu apa yang ingin dicari.
Kerana yang kosong bukan fikiran.
Yang mencari bukan emosi.
Yang sunyi bukan fikiran dan emosi.
Tetapi yang kosong, yang mencari, yang sunyi adalah JIWAMU.
Jiwamu sebenarnya rindu kepada asalnya.
Jiwamu sebenarnya ingin kembali kepada Penciptanya.
Kawan,
Datanglah kepada Allah SWT dengan menyedariNya setiap waktu.
Kamu pasti tidak akan sunyi.
Kamu pasti tidak akan tercari-cari.
Kamu pasti tidak akan kosong.
Kamu pasiti tidak akan bosan.
Kerana Allah SWT sentiasa berada sangat dekat.
Sentiasa melayaniMu
Walaupun kamu seringkali melupakanNya.
Komunikasilah dengan Allah di kala kamu tercari-cari.
Kongsikan ceritamu bersama Allah di kala kamu bosan.
Ceritakan segala kata-katamu dengan Allah di kala kamu sunyi.
Mengadulah masalahmu kepada Allah di kala kamu resah dan gelisah.
Allah sentiasa mendengar kerana Dia Maha Mendengar.
Allah pasti akan menjawab kerana Dia Maha Mengetahui.
Allah pasti membahagiakanmu kerana Dia Maha Pemurah dan Mengasihani.
Ya Allah, Berikanlah rasa cintaku kepadaMu dalam jiwa ini, ya Allah.
Ya Allah, hiburkanlah jiwa ini bersamaMu, ya Allah.
Ya Allah, rahmatilah jiwa ini agar sentiasa ingin berada dekat denganMu, ya Allah.
Terima kasih ya Allah, terima kasih.
*oleh:Fuad Latip
*Jiwa Positif Hidup BerTuhan.

BILA DIRI DI SAYANGI..
by Siti Norisma on Wednesday, December 29, 2010 at 8:16pm
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut nama Mu
Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
keagungan kasih merubah takdir
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap nama Mu,
terasa diriku kembali dipandu
Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri

TAZKIRAH HATI...
TAZKIRAH HATI...
by Siti Norisma on Wednesday, December 29, 2010 at 8:21pm
Engkau suka pabila dipercayai...
tapi kenapa engkau tidak suka mempercayai orang lain?
Engkau suka pabila disanjungi...
tapi kenapa engkau tidak suka menyanjungi orang lain?
Engkau tidak suka dicaci...
tapi kenapa engkau suka mencaci orang lain?
Engkau tidak suka dikhianati...
tapi kenapa engkau suka mengkhianati orang lain?
Engkau tidak suka dizalimi...
tapi kenapa engkau suka menzalimi orang lain?
Engkau tidak suka dibenci...
tapi kenapa engkau suka membenci orang lain?
Engkau tidak suka disakiti...
tapi kenapa engkau suka menyakiti hati orang lain?
Engkau tidak suka dipersalahkan...
tapi engkau suka menyalahkan orang lain?
Engkau tidak suka dikritik...
tapi kenapa engkau suka mengkritik orang lain?
Engkau tidak suka hak engkau dirampas...
tapi kenapa engkau suka merampas hak orang lain?
Kalau engkau ingin dihormati...
engkau juga mesti belajar
untuk menghormati orang lain.
Kalau engkau ingin dihargai...
engkau juga engkau juga mesti belajar
untuk menghargai orang lain.
Kalau engkau ingin difahami...
engkau juga mesti belajar
untuk memahami orang lain.
Kalau engkau ingin dikasihi...
engkau juga mesti belajar
untuk mengasihi orang lain.
Kalau engkau ingin disayangi...
engkau juga mesti belajar
untuk menyayangi orang lain.
Engkau suka pabila dipercayai...
Engkau suka pabila dihargai...
Engkau suka pabila dihormati...
Engkau suka pabila dikasihi...
Engkau suka pabila difahami...
Engkau suka pabila disayangi...
Engkau juga suka pabila dipuji...
Tetapi...kenapa engkau sering lupa
untuk memuji Pencipta
dan Pentadbir alam semesta ini?
Engkau juga sangat suka dicintai...
Tetapi kenapa engkau sering lupa
untuk mencintai dan mencari
cinta Rabbul Izzati?
Kenapa engkau jadi begini???...
Ketuklah hati,koreksi peribadi...

perhatikan diri..
by Siti Norisma on Wednesday, December 29, 2010 at 8:14pm
ORANG KATA KITA SYAITAN,KITA MARAH,
SEDANGKAN MEMANG KITA MEMILIKI SIFAT2 SYAITAN.
CUBA SEMAK DIRI KITA APAKAH KITA:
-SEORANG PEMARAH,CEPAT MARAH DAN SUKA MARAH2?
-SEORANG PENDENDAM DAN MENYIMPAN HASAD DLM DIRI?
-SEORANG YG BAKHIL,AMAT CINTAKAN HARTA?
-SEORANG YG TAMAK DLM APA JUA HAL BAHKAN MAKANAN DAN PERCAKAPAN?
-SEORANG YG SUKA BERMEGAH2 DGN BRG PERHIASAN,KECANTIKAN MAUPUN ANAK2?
-SEORANG YG KAGUM DGN DIRI SENDIRI DAN RIAK?
-SEORANG YG LALAI KPD PERINTAH ALLAH DAN TIDAK PEDULI AKAN APA YG ALLAH TEGAH?
JIKA JAWAPANNYA YA...
MEMANG BENARLAH KITA SYAITAN YG BERTOPENGKAN MANUSIA!!!!

Tuesday, December 28, 2010
kite sedar ke tak??
Bismillahirrahmanirrahiim.....
cuba kita muhasabah balik betapa zalimnya kita pada Allah,
Waktu solat kita tak bersih kan tubuh kita sebersih-bersihnya macam kita bersihkan badan kita waktu nak jumpa sesuatu yang dekat dihati kita.maksudnya waktu jumpa kekasih hati..kita betul –betul bersihkan tubuh kita sebab nak nampak sempurna depan dia dan tak ader kotoran..atau..kita nak pergi interview..kita tak nak aroma badan kita ni akan merosakkan peluang kita untuk berjaya dalam interview tu..kenapa tidak kita cuci betul –betul kotoran yang ada pada kita bila nak menghadap Allah?..astaghfirullah..
cuba kita muhasabah balik betapa zalimnya kita pada Allah,
Waktu solat..punya la selekeh pakaian kita..tak macam kita pakai waktu nak pergi jumpa sesuatu yang dekat dihati kita..macam kekasih hati..kita kalau yang lelaki pakai pakaian yang berjenama..sebab ape..kebanyakkan perempuan itu dibutakan dengan material maka bila terpandang jenis lelaki yang bergaya penampilannya dan nampak kaya..hum..bertambah-tambahlah siperempuan suka..dan kalau perempuan pakai yang sebagus –bagusnya bila jumpa kekasih hati ..kenapa ? supaya Nampak menarik dihadapan silelaki yang matanya dibutakan dengan pesona si perempuan..hum..
kalau nak pergi temuduga pun macam tu..boleh pula pakai pakaian yg sopan dan menyejukkan mata cantik dan Nampak kemas je..kenapa? supaya peluang Berjaya dalam temuduga tu mungkin lebih cerah..tapi kenapa tidak ketika kita menghadap Allah..? menyembahkan sujud kita padaNya..yang lelaki pakai kain pelikat yang lusuh tak pun jeans x berbasuh..kalau perempuan,,pakai..telekung..keluar rambut tak pun yang dah singkat.Cuma waktu hari raya waktu solat sunat..raya boleh pakai telekung baru..waktu pergi masjid..semua tu untuk siapa?.tapi mmg disunatkan pakai pakaian yg baharu waktu solat sunat aidilfitri..Cuma kan bagus kalau kita x terlalu berkira dengan Allah…dan pakai yang terbaik setiap kali sujud pada Dia..hum..cuba lihat betapa zalim kita pada Allah..
Cuba kita muhasabah balik betapa zalimnya kita pada Allah
Waktu dating dengan lelaki atau perempuan yang dah declare sebagai..kekasih hati kita secara tak sah..maksudnya tanpa nikah..waktu tu ader tak kita ingat Allah? Kalau kita ingat, nak declare pun takut sebab kita tahu couple tu mendekati zina..tapi masa waktu solat..kita waktu tu tengah mengadap Allah..tapi fikiran kita melayang pada si Dia..macam mana nak khusyuk solat? Dah tu siap lengah-lengahkan sebab nak jawab mesej si dia..takut merajuk….bagi yang lelaki jemaah di masjid atau surau kita dah jarang tak pun tak pegi langsung …sebab pe…? Sebab entahlah..mungkin siDia lebih penting, lebeh menjamin kebahgiaan kita..asyik pikir..takut kelakuan kita bagi kekasih hati marah..tapi pernah tak kita fikir pandangan Allah pada kita bila kita lengah-lengahkan waktu solat….pulak tu hanya kerana makhluk Allah yang lemah..sama je macam kita..tak bagi kebahagian dunia akhirat pun..dunia mungkin tapi tak jaminkan selama mana.
Cuba kita muhasabah balik betapa zalimnya kita pada Allah
..minyak wangi..boleh kita beli mahal 2..sebab pe..nak wangi je bila dekat dengan siDia..tak pun depan umum tapi waktu solat…terkadang luper pakai..susah betul ye kita nak sujud pada Allah dalam keadaan yang terbaik yang boleh kita persembahkan..tapi beli minyak wangi kata nabi kita nabi Muhammad s.a.w tak membazir..sebab Aisyah r.a pun pakai minyak wangi yang terbaik..tapi ada adabnyer..kalau yang perempuan pakai la waktu solat kat rumah ,waktu dengan mahram dan kengkawan perempuan tapi jangan pakai sampai terbau oleh yang bukan muhrim sebab dosanya dah sama dengan penzina..
Cuba kita muhasabah balik betapa zalimnya kita pada Allah
Beli majalah fitnah..boleh teliti baca siap ulang 2 lagi..tapi kenapa bahan-bahan ilmiah kita kedekut sangat nak beli..yang boleh dekatkan kita pada Allah? Bahkan ,mungkin dah jadi tradisi keluarga, surah yassin Cuma dibaca waktu malam jumaat..bagusla ..yang tu sekurang-kurang nye baca juga dan jadikan tradisi..yang tak amalkan? Kan bagus kalau keluarga mukmin tu jadikan tradisi baca al-quran tu secara jemaah..waktu malam ke seblum tido, tak pun waktu awal pagi..sebelum mulakan apa 2 aktiviti..dan sesibuk apa pun kita budayakan dengan membaca al-Quran..baru sejuk sikit hati –hati penghuni rumah tu.
Cuba kita muhasabah balik betapa zalimnya kita pada Allah
Waktu besday ke, tak pun ulang tahun perkenalan, dan yang paling zalim tentulah waktu valentine..kita sanggup habis kan banyak duit untuk bagi kejutan pada sidia kekasih hati..dan belikan hadiah yang terbaik supaya dia ingat terus pada kita..sanggup korbankan duit kita buat dia..tapi kenapa kita nak sedekah pun rasa berat sangat tangan nak masukkan kedalam poket dan ambil sedikit tuk dikongsi pada insan yang memerlukan? Walhal Allah dah janjikan pelaburan yang kita buat kat dunia ni pada jalan Allah tu sangat menguntungkan..bahkan keuntungan yang Allah janji tu ..subhanaallah..hebat..
Zalimnya kita pada Allah..kita kedekut betul nak korbankan harta kita pada jalan Dia tapi pada jalan maksiat..mudah sangat..wang tu mengalir macam air..ada kengkwan pun kita nak bagi hadiah tuk rapatkan ukhuwah pun berkira..harta kau harta aku, harta aku harta aku..tengok..manusia..lebih utamakan yang haram dari yang halal..sedangkan pekara yang haram atau halal dah jelas lagi nyata dan kalau ada unsur meragukan nabi suruh kita tinggalkan..ye bagi yang dah tau x de istilah kaple Islamic ok..tp yg masih ragu 2 status tu..sendiri fikirlah ye..
Cuba kita muhasabah balik betapa zalimnya kita pada Allah
Waktu kita ditimpa musibah..wah..suke hati je fikir..zalim nya Allah pada kita ..tapi kenapa kita x boleh sabar? Bila kena ujian skit dah gelabah..dah fikir dan syakwasangka yang buruk pada ujian Allah..sedangkan ujian tu datang sebagai teguran untuk kita dari Allah..tapi bila dengan kekasih hati boleh sabar..boleh faham..memahami, dia buat apa pun tak per..kita terima..sebab sayang..dari sini kita boleh nilai siapa sebenarnya yang kita utamakan…astaghfirullah...
ALLAH always with us......=)

:-)....
"Sesiapa yg mnjadikn akhirat sbg pusat perhatiannya,
nescaya allah SWT akn membuatnya merasa kaya dlm hatinya,sgala urusannya mnjadi teratur,dan dunia dtg kpdnya tanpa perlu mngejarnya.
Sementara sesiapa yg mnjadikan dunia sbg pusat perhatiannya,
nescaya Allah SWT akn mnjadikn kefakiran berada di depan matanya,sgala urusannya mnjadi kacau,dan kpdnya dunia dtg skadar dgn yg telah ditakdirkan baginya"(HR At Tirmizi)
sedikit renungan..:-)
"Berdoalah kepada Tuhanmu dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. Dan janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi, sesudah (Allah) memperbaikinya dan berdoalah kepdaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan). Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik." (Surah al-A’raf: 55-56)
cinta.....
Lahirnya insan ke dunia ini dari punca yang hina,
Diangkat martabat menjadi semulia-mulia makhluk.
Jantina dan agama yang berbeza.
ISLAM agama yang lurus.
Wajarkah kita berpaling?
ISLAM agama yang lengkap.
CINTA fitrah manusia.
Tanpa CINTA meranalah jiwa.
Dengan CINTA kenal PENCIPTA...
kenal RASUL dan sanak-saudara.
CINTA berlandaskan ISLAM menjadi tunas
yang mampu memimpin diri dari terpesong ke lembah durjana.
CINTA ilmu amatlah berguna.
CINTA agama membawa ke syurga.
CINTA ibu bapa menjamin keredhaan-Nya.
CINTA manusia fitrah dan lumrah.
CINTA ALLAH adalah sebaik-baik cinta kerana ALLAH yang kekal selamanya...
Manusia tanpa CINTA ALLAH tidak layak hidup didunia sementara ini...
CINTAI ALLAH melebihi diri sendiri.
CINTAI RASUL dengan ikhlas dan sepenuh hati.
CINTA itu amat bermakna...
MANUSIA hidup dengan CINTA.
Sesungguhnya CINTA ALLAH adalah selayak-layak CINTA.
itulah CINTA AGUNG...antara Hamba dan Penciptanya...
dimulakn dgn sdikit bcaan doa..:-)
''YA ALLAH,
AMPUNILAH DAKU,KESALAHANKU,
KEJAHILANKU,SIKAP KETERLALUANKU DALAM URUSANKU,
DAN TERHADAP APA YG ENGKAU LEBIH MENGETAHUI DRPKU..
YA ALLAH,
AMPUNILAH DAKU,YG AKU LAKUKAN DGN SUNGGUH2,
YG AKU LAKUKAN DGN MAIN2,
YG AKU LAKUKAN DGN TIDAK SENGAJA
DAN YG AKU LAKUKAN DGN SENGAJA,
DAN SEMUANYA ADALAH KESALAHANKU..
YA ALLAH,
AMPUNILAH DAKU,SAMA ADA DOSA YG TELAH BERLALU DAN YG AKAN DTG,
DOSA YG AKU LAKUKAN SECARA SEMBUNYI2 DAN YG TERANG2AN,
DAN TERHADAP DOSA APAPUN YG ENGKAU LEBIH MENGETAHUI DRPKU,
ENGKAULAH YG PLG TERDAHULU DAN ENGKAULAH YG PLG TERAKHIR,
DAN ENGKAULAH YG MAHA BERKUASA TERHADAP SESUATU..''
amin amin Ya Allah..
Subscribe to:
Comments (Atom)