Wednesday, December 29, 2010

SOLAT UNTUK APA SEBENARNYA?....

Ibadah yang kita lakukan mestilah kerana Allah.
Apa maknanya kerana Allah? Tidak ada sebab lain kerana Allah.
Ia wujud disebabkan oleh perasaan CINTA dan SAYANG kita pada Allah.
Walaupun kita tidak ada apa-apa permohonan,
kita pasti akan lakukan solat dan sebagainya
kerana perasaan CINTA dan SAYANG kita
pada Allah yang tidak berbelah bahagi.

Inilah kehebatan CINTA Agung.
Namun disebabkan kita manusia yang lemah,
pasti ada sahaja permohonan kita pada Allah setidak-tidaknya
memohon keampunan dengan segala kesalahan yang kita telah lakukan
serta memohon kehidupan yang sejahtera.

Jika kita solat hanya kerana ada hajat,
maka tinggallah solat kita kerana inginkan kebendaan atau sesuatu.
Bukan hanya kerana Allah walaupun pada awal niatnya bersolat kerana Allah.
Disebabkan kita asyik memikirkan kehendak kita,
maka sebab itulah susah untuk kita mencapai kusyuk di dalam solat.
Kita tidak asyik dengan Allah kerana perasaan CINTA dan SAYANG entah ke mana.

Saya juga menjelaskan kepada pelajar saya
tentang betapa pentingnya perasaan CINTA dan SAYANG kepada Allah.
Rasulullah menerima wahyu mewajibkan solat bukan di awal kerasulan baginda.
Ini kerana Rasulullah perlu menguatkan jiwa baginda dan sahabat
dengan perasaan CINTA dan SAYANG pada Allah.
Penyerahan 100% kepada Allah tanpa rasa takut gementar,
tanpa rasa bimbang, tanpa rasa berharap dan sebagainya selain daripada Allah SWT.
Setelah mantapnya perasaan CINTA dan SAYANG kepada Allah,
barulah Rasulullah menerima wahyu ketika Isra’ dan Mikraj
mewajibkan semua umat islam bersolat 5 waktu sehari semalam.

Apabila kita melakukan kesalahan dan kita ingin berubah,
kita seringkali diminta bersolat  wajib, solat sunat, baca Quran dan sebagainya.
Tetapi bagaimana kita hendak melakukan solat atau ibadah lain
tanpa ada rasa CINTA dan SAYANG terlebih dahulu kepada Allah?
Bagaimana kita hendak menyerahkan JIWA dan RAGA kita 100% kepada Allah
jika tidak ada rasa CINTA dan SAYANG pada Allah?
Bagaimana kita ingin membaca Al-Quran
jika kita tidak ada rasa CINTA dan SAYANG di dalam jiwa kita?

Maka kita hanya lakukan segala ibadah kita disebabkan oleh hajat kita
dan bukannya CINTA dan SAYANG pada Allah.
Kerana itu ramai yang bersolat tetapi masih lagi tidak berdaya
merubah hati dan jiwa kepada yang lebih baik dan tenang.

KOMUNIKASI dengan Allah mampu melahirkan rasa CINTA dan SAYANG kita pada Allah.
KOMUNIKASI adalah perkara utama di dalam perhubungan
baik antara makhluk dengan Pencipta atau hubungan sesama makhluk.
Tanpa KOMUNIKASI maka tidak akan terjalin hubungan.
Maka tidak akan wujud CINTA dan SAYANG.

Jika suami dan isteri tidak lagi berKOMUNIKASI,
maka lambat laun hambarlah hubungan dan tidak mustahil
akan berakhirnya hubungan yang hambar itu.
Sepasang kekasih yang diputuskan KOMUNIKASI antara mereka,
maka kecewa dan hancurlah jiwa dan akhirnya putuslah tali kasih sayang.

Begitulah juga kita hamba Allah.
Jika terputus KOMUNIKASI kita dengan Allah,
maka makin jauhlah kita dengan Allah
walaupun pada hakikatnya Allah itu dekat sangat dengan kita.
Kita hanya dekat dengan Allah ketika solat, ketika baca Al Quran
namun di masa lain, kita jauh daripada Allah.
Itu pun jika kita khusyuk bersolat dan menghayati isi Al Quran yang dibaca.

Sesungguhnya KOMUNIKASI amatlah terpenting
dan PALING TERPENTING ADALAH KOMUNIKASI DENGAN ALLAH.
Ia menjadikan kita sangat hampir dengan Allah.
Menjadikan hati dan jiwa kita ini hanya untuk Allah.

Pelajar tersebut mulai faham dan beliau berkata kepada saya:
Encik, kenapa saya tidak pernah tahu hal ini sejak dahulu. Tidak ada yang beritahu pada saya atau saya dengar tentang komunikasi dengan Allah sejak dulu. Apa yang encik beritahu ini merupakan punca sebenar kepada melahirkan CINTA dan SAYANG pada Allah. Selama ini yang saya tahu, kalau kita nak rasa CINTA dan SAYANG pada Allah kita kena solat, solat sunat, puasa, baca Al Quran dan sebagainya. kalau dengar  kuliah atau ceramah atau dalam buku, macam tulah. Tapi sebenarnya tanpa CINTA dan SAYANG bagaimana nak buat semua itu dengan kusyuk. Terima kasih banyak encik kerana beritahu saya komunikasi dengan Allah ini
Saya senyum sahaja.
Sebelum beliau meninggalkan bilik saya, beliau meminta saya menerangkan tentang konsep Qada’ dan Qadar.
Setelah saya terangkan, beliau pulang dan pesan saya, “Teruslah komunikasi dengan Allah mulai saat ini“.

p/s Kisah konsep Qada’ dan Qadar tidak saya terangkan di sini kerana nanti menjadikan artikel kali ini terlalu panjang.
p/p/s Bukanlah maksud saya perlu komunikasi dengan Allah dahulu kemudian barulah mengerjakan ibadah. Lakukan ibadah sebagaimana ia wajib dilakukan dan sunat dilakukan. Namun  disamping itu, komunikasilah dengan Allah setiap saat kerana apabila kita berkomunikasi, dengan sendirinya kita akan rasa hampir sangat dengan Allah.

(petikan artikel sdr.Fuad Latip)

*Semoga kita mendapat manfaat bersama....


PIMPINLAH HAMBAMU INI...


by Siti Norisma on Wednesday, December 29, 2010 at 8:17pm

Dimanakah cahaya itu
Yang dahulu selalu menerangi
Disaat gelap ku dapat panduan
Ringan langkah ku ayunkan

Saat tak sedar kuturutkan
Membabi buta tak tentu kira
lenyap logika
semua ku paksa
Tak tahu untung
Tak tahu arah

Benarkah ini maksud hidup?
Mencari dunia
Akhirat ternoda
Walau dunia berwajah ceria
Namun tak bisa menutup luka jiwa

Tiada bahagia tanpa ingat-Nya
Merasa di tatap dan takut akan-Nya
Semua benar tak tentu salah
Buta hati walau tak buta mata

Siapa tak takut jika menimpa
Dikira benar ternyata salah
Apalah guna semua usaha
Jika tak mendapat ridho dari-Nya

Sungguh tak layak seorang hamba
Melihat dosa bagaikan lalat
Hinggap di hidung hanya sekejap
Di halau terbang
Esok kembali datang mengulang

Sungguh tiada daya upaya
Pertolongan Allah-lah sebuah cita
Hamba lemah dalam melangkah
Sering terjatuh dalam gelumang dosa

PERHATIAN BUAT WANITA...


by Siti Norisma on Wednesday, December 29, 2010 at 8:24pm

ADA APA DENGAN GAMBAR..??


Baiklah... saya rasa mungkin ramai yg membaca perkara ini merasa pelik..?
Mungkin juga masing2 sudah memasang ayat bagaimana mahu melawan
apa yang saya katakan selepas ini..
Saya amatlah berharap anda semua membuka pintu hati masing2
dan bersedia untuk menerima apa yg saya mahu perkatakan nantii...

Saya mulakan dengan persoalan..
Perlukah di upload gambar untuk tontonan umum..?
Mengapa..??
1.Supaya orang yg x kenal aku pon boleh kenal aku.
2.Supaya orang yg dah kenal aku boleh melihat aku selalu.
3.Supaya friendster aku jd kunjungan ramai...sbb ape..?
dan byk lagi saya beranggapan....
jd.. di atas adalah sebahagian survey saya terhadap pemilik2 Friendster dan respon mereka...

KERANA GAMBARMU ITU BEGITU BERHARGA 
Sedarlah wahai Muslimah...
tidakkah anda merasakan gambarmu itu sungguh berharga..?
adakah anda fikir wajahmu diciptakan semata2 untuk pandangan umum..??
Tak salah rasanya jika saya mengatakan ramai yg bangga meletakkan gambar
dgn niat mahu mempertontonkan kecantikan yg telah dikurniakan Allah kpdnya..

Adakah anda fikir kebarangkalian gambarmu itu dijadikan bahan
bg Muslim meruntuhkan IMAN mereka..?
Sanggupkah kamu dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang Muslim..??
Dikira 'beruntunglah' jika begitu..
tidak kurang juga yg hanya menjadi modal umpatan bg lelaki2 yg mengenali kamu..?
Adakah kamu tahu apa yang mereka bualkan dibelakang kamu..?
Jika kamu tahu, cuak kamu nk meng-upload gambar kamu di alam maya ini..

Diingatkanlah juga kpd anda bahawa kemudahan sekarang semakin canggih hari demi hari...
Tidakkah anda ingat bahawa gambar2 di alam maya ini boleh di'save' dgn mudah?..
dgn hanya menekan bahagian kanan tetikus dan meng-klik pd Save As sahaja boleh menjadikan gambarmu itu diabadikan di dlm komputer sang lelaki...

Apa yang perlu dirisaukan sebenarnya bagi mereka yg mmg mahukan kecantikan mereka ditunjuk2..?
INGAT..!! dengan kemudahan sekarang..
dgn mudah gambarmu itu di'edit' oleh mereka
yg tidak bertanggungjwab dengan menggunakan Photoshop,Fireworks, dan lain2..

Hanya dengan satu kesilapan sahaja,
 jangan terkejut jika gambarmu secara tiba2 terpampang besar pd skrin website yg tidak sepatutnya....
Adakah ketika itu kamu mampu lg berbangga..?
Apa yg mampu anda lakukan ketika itu..??
Hanya merintih tak tentu pasal sahaja atas kesilapan yg dilakukan olehmu sendiri...jaga2..!!
saya juga seorang yg boleh dikatakan mahir dlm adobe photoshop ini..

MUSLIMAH DAN GAMBAR

Perlu saya tekankan di sini bahawa saya bukanlah musuh2 anda semua,
bukanlah mahu mengaibkan ataupun menghentam anda semua..
tp saya adalah saudara seIslam mu yg enggan melihat wajah2mu menjadi tontonan umum...
tidak rela melihat mukamu dipaparkan sewenang2nya di alam maya..
Meskipun anda sudah lengkap menutup auratmu..
namun tatkala fitnah mengundang, muka tetap dikategorikan sebagai aurat ..

Sebenarnya perkara ini telah dijelaskan dalam post yg terdahulu..
Keluhan Buat Kaum Hawa,
Sanggupkah anda dituduh sebagai peruntuh keimanan seorang lelaki..?
Perosak ketaqwaan seorang Muslim..??
dan lebih teruk lg menjadi Anak Panah syaitan..??

Ini semua bukanlah satu rekaan semata2...
Sabda Nabi: ''Perempuan itu boleh menjadi sebaik2 anak panah bagi syaitan....''(mafhum)

Sedarlah muslimah semua..
sudah tiba masanya anda sedar bahawa wajahmu itu
hanya Halal dilihat berkali2 oleh mereka yg benar2 layak sahaja..
tidak perlulah berbangga dgn apa yg telah Allah anugerahkan kpdmu
dgn menggunakanya sbg.. Anak panah kpd syaitan..Na'uzubillah..!!

Jika anda semua tetap tidak mahu membuang gambarmu dari alam maya ini ,
dgn seribu satu alasan yg dpt dikatakan. ...
hanya satu pesan saya... BERHATI2LAH...!!

(artikel daripada rakan FB..)

*Semoga kita semua terhindar dr DOSA yg kita sendiri ciptakan...
..Mudah-mudahan Allah memberi petunjuk buat kita semua...
  dan berusaha menjadi hamba Allah yg berTAQWA..Insyaallah..

DIRIMU TERCARI-CARI....


by Siti Norisma on Wednesday, December 29, 2010 at 8:22pm

Kadang-kadang kita tercari-cari sesuatu dalam hidup ini.
Kita berasa waktu itu membosankan.
Kita rasa kosong.
Kita rasa ada sesuatu yang hilang.
Kita rasa sunyi.
Kita rasa tidak tahu berbuat apa-apa.

Kita cuba untuk menipu diri.
Kita lakukan sesuatu yang menyibukkan.
Kita mencari sesuatu yang menghiburkan diri.
Kita memaksa diri untuk menghilangkan semua rasa itu.

Namun ternyata kita tidak mampu.
Ternyata kita tetap berasa kosong, sunyi, tidak tahu berbuat apa.

Ketahuilah kawan,
sebenarnya jiwa itu ingin berada dekat dengan Yang Maha Pencipta.
Namun fikiran dan emosi sering menghalangnya.

Fikiran dan emosi…
Selalu memaksa kita mencari-cari sesuatu yang lain.
Sedangkan fikiran sendiri tidak tahu apa yang ingin dicari.
Kerana yang kosong bukan fikiran.
Yang mencari bukan emosi.
Yang sunyi bukan fikiran dan emosi.

Tetapi yang kosong, yang mencari, yang sunyi adalah JIWAMU.
Jiwamu sebenarnya rindu kepada asalnya.
Jiwamu sebenarnya ingin kembali kepada Penciptanya.

Kawan,
Datanglah kepada Allah SWT dengan menyedariNya setiap waktu.

Kamu pasti tidak akan sunyi.
Kamu pasti tidak akan tercari-cari.
Kamu pasti tidak akan kosong.
Kamu pasiti tidak akan bosan.

Kerana Allah SWT sentiasa berada sangat dekat.
Sentiasa melayaniMu
Walaupun kamu seringkali melupakanNya.

Komunikasilah dengan Allah di kala kamu tercari-cari.
Kongsikan ceritamu bersama Allah di kala kamu bosan.
Ceritakan segala kata-katamu dengan Allah di kala kamu sunyi.
Mengadulah masalahmu kepada Allah di kala kamu resah dan gelisah.

Allah sentiasa mendengar kerana Dia Maha Mendengar.
Allah pasti akan menjawab kerana Dia Maha Mengetahui.
Allah pasti membahagiakanmu kerana Dia Maha Pemurah dan Mengasihani.
Ya Allah, Berikanlah rasa cintaku kepadaMu dalam jiwa ini, ya Allah.
Ya Allah, hiburkanlah jiwa ini bersamaMu, ya Allah.
Ya Allah, rahmatilah jiwa ini agar sentiasa ingin berada dekat denganMu, ya Allah.
Terima kasih ya Allah, terima kasih.

*oleh:Fuad Latip
*Jiwa Positif Hidup BerTuhan.

BILA DIRI DI SAYANGI..


by Siti Norisma on Wednesday, December 29, 2010 at 8:16pm

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut nama Mu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa,
keagungan kasih merubah takdir

Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap nama Mu,
terasa diriku kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri



TAZKIRAH HATI...

TAZKIRAH HATI...

by Siti Norisma on Wednesday, December 29, 2010 at 8:21pm
PERTANYAAN DIRI...

Engkau suka pabila dipercayai...
tapi kenapa engkau tidak suka mempercayai orang lain?

Engkau suka pabila disanjungi...
tapi kenapa engkau tidak suka menyanjungi orang lain?

Engkau tidak suka dicaci...
tapi kenapa engkau suka mencaci orang lain?

Engkau tidak suka dikhianati...
tapi kenapa engkau suka mengkhianati orang lain?

Engkau tidak suka dizalimi...
tapi kenapa engkau suka menzalimi orang lain?

Engkau tidak suka dibenci...
tapi kenapa engkau suka membenci orang lain?

Engkau tidak suka disakiti...
tapi kenapa engkau suka menyakiti hati orang lain?

Engkau tidak suka dipersalahkan...
tapi engkau suka menyalahkan orang lain?

Engkau tidak suka dikritik...
tapi kenapa engkau suka mengkritik orang lain?

Engkau tidak suka hak engkau dirampas...
tapi kenapa engkau suka merampas hak orang lain?

Kalau engkau ingin dihormati...
engkau juga mesti belajar
untuk menghormati orang lain.

Kalau engkau ingin dihargai...
engkau juga engkau juga mesti belajar
untuk menghargai orang lain.

Kalau engkau ingin difahami...
engkau juga mesti belajar
untuk memahami orang lain.

Kalau engkau ingin dikasihi...
engkau juga mesti belajar
untuk mengasihi orang lain.

Kalau engkau ingin disayangi...
engkau juga mesti belajar
untuk menyayangi orang lain.

Engkau suka pabila dipercayai...
Engkau suka pabila dihargai...
Engkau suka pabila dihormati...
Engkau suka pabila dikasihi...
Engkau suka pabila difahami...
Engkau suka pabila disayangi...
Engkau juga suka pabila dipuji...

Tetapi...kenapa engkau sering lupa
untuk memuji Pencipta
dan Pentadbir alam semesta ini?

Engkau juga sangat suka dicintai...
Tetapi kenapa engkau sering lupa
untuk mencintai dan mencari
cinta Rabbul Izzati?

Kenapa engkau jadi begini???...
Ketuklah hati,koreksi peribadi...

perhatikan diri..

by Siti Norisma on Wednesday, December 29, 2010 at 8:14pm

ORANG KATA KITA SYAITAN,KITA MARAH,

SEDANGKAN MEMANG KITA MEMILIKI SIFAT2 SYAITAN.

CUBA SEMAK DIRI KITA APAKAH KITA:

-SEORANG PEMARAH,CEPAT MARAH DAN SUKA MARAH2?

-SEORANG PENDENDAM DAN MENYIMPAN HASAD DLM DIRI?

-SEORANG YG BAKHIL,AMAT CINTAKAN HARTA?

-SEORANG YG TAMAK DLM APA JUA HAL BAHKAN MAKANAN DAN PERCAKAPAN?

-SEORANG YG SUKA BERMEGAH2 DGN BRG PERHIASAN,KECANTIKAN MAUPUN ANAK2?

-SEORANG YG KAGUM DGN DIRI SENDIRI DAN RIAK?

-SEORANG YG LALAI KPD PERINTAH ALLAH DAN TIDAK PEDULI AKAN APA YG ALLAH TEGAH?

 JIKA JAWAPANNYA YA...

MEMANG BENARLAH KITA SYAITAN YG BERTOPENGKAN MANUSIA!!!!